Friday, 2 June 2017

PENGENALAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
              
Bersyukur ke hadrat Allah Subhana wa Taala kerana dengan limpah kurnia dan  inayahnya dapatlah kita bersama semula meneruskan perjuangan kembara ilmu di langit Bangi. Meskipun saya telah bergelar seorang pendidik saya tetap menimba ilmu kerana Allah. Setelah mengharung susah senang dalam penerokaan ilmu dan  dengan bantuan Allah juga maka saya masih lagi  bertahan sehingga sem kini dan semoga mendapat  habuan daripadanya berterusan sehingga  ke hujung semester di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).Saya memohon rahmat dan berkat bukan setakat di sini sahaja.

Blog ini dicipta untuk memenuhi hasrat pensyarah Teknologi 2 yang segak bernama Encik Ahmad Firdaus bin Ahmad Shater.Blog pendidikan Islam ini diharap dapat dikongsi dan mendapat sambutan sepenuhnya bersama. Tanpa assignment ini saya tidak akan mengenali blog dan tidak ada blog sendiri.Saya beramat-amat amat amat terima kasih kepada cikgu yang mendedahkan kepada saya tentang pembikinan blog. Saya rasa berpuashati apabila percubaan pertama saya ini terhasil jua akhirnya walaupun masih di dalam proses penambahan dan saya berasa seronok mempelajarinya.

Terima kasih juga pada suami En.Md Azham bin Ngadimon,ibu bapa.anak-anak serta anak buah ,adik ipar yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memberi tunjuk ajar. Blog pendidikan Islam ini diharap dapat dikongsi dan mendapat sambutan sepenuhnya dari pelbagai pihak terutama pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 serta guru-guru untuk membuat rujukan.




SUKATAN PELAJARAN AGAMA ISLAM SELANGOR
AKHLAK TAHUN 4



BERTANGGUNGJAWAB


TAJUK BERTANGGUNGJAWAB TELAH DIBAHAGIKAN KEPADA 5 SUB TOPIK IAITU:

1)   PENGERTIAN BERTANGGUNGJAWAB
2)   DALIL BERTANGGUNGJAWAB
3)   BAHAGIAN BERTANGGUNGJAWAB
4)   FADILAT BERTANGGUNGJAWAB
5)   AKIBAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Wassalam