1) PENGERTIAN BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab ialah gerak atau kehendak hati yang mengajak menuruti apa yang telah ditetapkan sebagai kewajipan dan mesti dilaksanakan.
2) DALIL BERTANGGUNGJAWAB
وما على الذين يتقون من حسابهم من شئء ولكن ذكرى لعلهم يتقون ﴿ ٦٩ ﴾
(سورة الأنعام اية :٦٩)
ERTINYA: Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang yang bertaqwa terhadap dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati ( larangan Allah itu) supaya mereka betaqwa.)
3) BAHAGIAN BERTANGGUNGJAWAB
Tangggungjawab kepada - Allah
- diri sendiri
- ibu bapa
- guru
- negara
- masyarakat
Tanggungjawab kepada Allah
* menunaikan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanggungjawab kepada diri sendiri
* berusaha melaksanakan tuntutan rukun Islam dengan sempurna dan menampakkan iman dalam diri
Tanggungjawab kepada ibubapa
* mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa
* bercakap dengan lemah lembut
* berbuat kebajikan
Tanggungjawab kepada guru
* mendengar apa yang diajar
* menghormati dan mendoakan
* tidak berbisik-bisik ketika guru mengajar
Tanggungjawab kepada negara
* menjaga keselamatan dan keamanan negara
* menjaga harta benda awam
* memahami dan mengamalkan prisip rukun negara
* saling bantu membantu dan berbuat baik dengan mereka
* melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat atau kebajikan
* memelihara kerukunan hidup berjiran
* menghormati agama,pantang larang dan adat resam bangsa lain
4) FADILAT BERTANGGUNGJAWAB
: dikasihi Allah dan rasul
: disukai oleh ibubapa dan masyarakat
: sempurna sesuatu kerja
: hasil kerja yang dilakukan mendapat faedah yang berpanjangan
5) AKIBAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
: dimurkai Allah dan rasul
: kerja yang diamanahkan tidak sempurna
: hasil kerja yang dilakukan hanya sia-sia
: kerja dan tugasan yang dilakukan tidak mendapat keberkatan



No comments:
Post a Comment